Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Rumah Lelaki
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Rumah Lelaki



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 15-Jun-2009 23:50
Majlis Perkahwinan Amat & Jue
Fuh lega rasanya bila semuanya dah selesai dengan selamatnya.. alhamdulillah.. akhirnya bersatu jua.. tambah lagi sorang ahli dalam keluarga Hj Lazim & Hjh Maznah.. bestnya.. penantian selama ni yang asyik dok buat hantaran la dok gulung tuala utk org ramai la dan sebagainya dah selesai..happy sangat.. semoga Cik Lang & Cik Jue akan kekal bahagia hingga ke anak cucu.. aminnn...

Majlis Pernikahan 5 Jun 2009 - Masjid Paroi, Senawang

Sekitar pukul 10 pagi kami dah bertolak ke Senawang dengan 3 buah kereta.. belah pengantin perempuan ada sediakan umah untuk bersanggar.. ok gak rumah tu 2 tingkat dan ade 11 katil.. yang bestnya semua bilik ade aircon.. kire selesa la.. actually umah tu tak laku dijual oleh pemaju then di buat la rest house.. Majlis Akad nikah berlangsung selepas Asar.. sampai aje Masjid Paroi, Pak Man dan Mak Ngah pun sampai..dengan 2 kali lafaz dah sah Amat & Jue bergelar suami isteri.. berjujuran air mataku dipipi.. hehe sebak plak.. ain plak dok tido keletihan.. Selesai majlis akad nikah then berarak plak ke rumah pengantin perempuan untuk sedikit jamuan ringin.. dalam pukul 6 baru balik ke rumah rehat semula..



Malam Berinai 5 Jun 2009 - Senawang

Malam pihak pengantin perempuan ada buat Malam Berinai..dalam pukul 8.30 kami bertolak ke sana.. acaranya simple sahaja.. just menepung tawar dan makan-makan.. kemudian sesi bertukar hantaran.. dalam pukul 11 baru balik ke rumah rehat.. ain mcm biasa la sebok ngan aksi dia.. buat hiburan kat semua org yang boring sbb takde tv.. hehehhee



Majlis Bersanding 6 Jun - Senawang

Bangun pagi kami semua bersarapan di gerai mamak dekat ngan kawasan rumah rehat.. balik dari sarapan terus siapkan bunga telor untuk di bawa masa berarak nanti.. dalam pukul 1.30 baru rombongan lelaki bertolak ke rumah perempuan.. sampai sama dah ramai makcik & pakcik tunggu.. bila kompang dipalu maka bermulala sesi berarak menuju ke rumah pengantin.. ain melopong tengok org main kompang... hehhee selepas bersanding then acara makan beradap plak.. pastu sambung dengan menepung tawar..dalam kol 3 selesai then masing-masing balik ke destinasi sendiri.. kami pun balik ke Bangi semula..



Majlis Bertandang 13 Jun 2009 - Melaka

Tiba plak giliran rumah nenek buat majlis.. awal lagi kiteorg dah balik untuk buat persiapan.. sekali sekala buat majlis kawin nih seronok gak.. tapi letih nak pastikan orang dapat makan dan minum secukupnya.. malam sebelum hari bertandang nenek ade buat sedikit majlis kesyukuran dan marhaban.. meriah sungguh ramai orang datang menjamu selera.. ramai sedara mara dah mula memenuhi rumah nenek.. seawal 10.30 pagi orang jemputan dah datang.. rombongan pengantin berarak sekitar pukul 1.30 ptg.. meriah sungguh majlis rumah nenek nih maklumlah dah 7 tahun takde sebarang majlis perkahwinan selepas ibu & ayah diijabkabulkan.. kebetulan majlis dulu kat kuarters polis Bukit Baru kali ni rumah nenek sendiri kat Bukit Larang, Telok Mas tu yang agaknya orang ramai datang.. dalam kol 6 baru selesai majlis.. fuh letih sungguh tapi meriah dan seronok..






© Pidgin Technologies Ltd. 2008.